Kilang pelihara ikan air masin, rumah pekerja terbakar di Sepanggar

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (7 MAC): Sejak pagi tadi, kepulan asap tebal dan hitam yang memenuhi ruang langit di kawasan sekitar telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna jalan raya dan penduduk disini.

Kepulan asap berkenaan akhirnya terukai apabila sebuah kilang pemeliharaan ikan air masin dan rumah pekerja terbakar kejadian berlaku di Kampung Kuala Sepanggar, awal pagi tadi.

KEPULAN ASAP memenuhi ruang langit berhampiran Sepanggar awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi turut mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kebakaran berlaku kira-kira jam 7 pagi telah memusnahkan sebuah pacuan empat roda.

Seramai 30 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Tuaran digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.14 pagi.

Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan api berjaya dikawal pada 8.30 pagi.

Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.