Kerajaan Negeri prihatin bantu nasib pekerja Sabah Forest Industri
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (17 JAN): Kerajaan negeri mengambil inisiatif atas dasar keprihatinan untuk membantu nasib pekerja Sabah Forest Industri (SFI) sejak 2019 dan ketika COVID-19.
Menurut, Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir (gambar) berkata, bantuan berkenaan turut meliputi pembayaran gaji dan KWSP.
Jelasnya, bantuan terkini melibatkan pembayaran tunggakan bil elektrik bekas kakitangan SFI sejumlah RM798,000.
“Walaupun kerajaan bersimpati dengan nasib mereka, tetapi bukanlah mudah untuk kerajaan negeri membantu secara berterusan bagi tempoh jangka panjang.
“Mereka adalah yang telah diberhentikan oleh mantan majikan mereka, syarikat pengilang kertas dan pulpa yang berpangkalan di India.
“Sementara menunggu kilang itu beroperasi semula oleh syarikat konsesi baharu, bekas pekerja telah dinasihat untuk melihat perkara itu secara realisitik, sekali gus mencari pekerjaan altenatif.
“Kerajaan Negeri telah meletakkan syarat bagi syarikat konsesi baharu itu untuk memulakan operasi dalam tempoh dua tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Abidin berkata, bekas pekerja boleh memohon untuk bekerja di syarikat baharu.
Selain itu, beliau menambah bahawa Pegawai Daerah Sipitang telah diarahkan untuk menyelaraskan perkara ini dengan bekas pekerja SFI.