editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (1 FEB): Kementerian Belia dan Sukan merancang untuk menaik taraf kemudahan sukan di negeri ini termasuk Stadium Likas.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred ketika melakukan kunjungan ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu, dekat sini.
Beliau turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri berhubung aktiviti Lembaga Sukan Sabah serta perkembangan projek yang sedang dijalankan seperti Kompleks Sukan Tuaran.
Jelasnya lagi, Stadium Likas bersedia untuk dinaik taraf untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan Sabah FC akan beraksi dalam kejohanan Piala AFC musim ini.
Turut mengiringi Ellron ialah Setiausaha Tetap Datuk Mansur Asun dan pegawai kanan Lembaga Sukan Sabah.