Kanak-kanak tiga bulan ditinggalkan di Sandakan, waris diminta tampil

SEYBI SABBY

editor@bayunews.net

SANDAKAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Bahagian Sandakan hari ini meminta waris kepada kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di kedai pekan Sedco 2 Kinabatangan pada 29 April lalu untuk segera tampil membantu siasatan hak penjagaan.

Menurut satu kenyataan Pelindung Bahagian Sandakan Ediannna Kanin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengesan keluarga atau waris kanak-kanak malang itu.

Jelasnya, kanak-kanak itu ditinggalkan oleh seorang lelaki lingkungan 30an semasa kanak-kanak itu berumur tiga bulan lewat April tahun ini.

Terdahulu, lelaki terbabit meminta orang awam yang dikenali sebagai Noormuhminen Mohd Al-Yamin menjaga bayi lelakinya sementara dia membeli barang kira-kira jam 4 petang di pekan itu.

“Orang awam terbabit menunggu lelaki berkenaan namun tidak munculkan diri. Keesokan harinya orang awam pergi semula ke pekan Sedco 2 Kinabatangan untuk mencari dan bertanyakan sekitar kawasan itu namun tiada sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Erdianna berkata orang awam terbabit merujuk kes itu kepada pihaknya dan seterusnya membuat laporan polis pada 5 Mei 2022 setelah dinasihatkan untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan agar tampil membantu siasatan.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Erdianna di pejabatnya melalui talian 089-667821/668494.