JJCM A rangkul kejuaraan menentang ASTAKA Tuaran A Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Menteri

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

TUARAN (13 FEB): Kejohanan Terbuka Sepak Takraw Piala Ketua Menteri Sabah 2023 telah melabuhkan tirai dengan jayanya yang menyaksikan pasukan Jalan-Jalan Cari Makan A (JJCM) mengungguli aksi gelanggang di Dewan Seri Sulaman, Tuaran di sini sehingga berjaya merangkul kejuaraan dengan hadiah utama bernilai RM10,000 beserta piala.

JJCM A mengungguli aksi gelanggang di Dewan Seri Sulaman, Tuaran di sini sehingga berjaya merangkul kejuaraan dengan hadiah utama bernilai RM10,000 berserta piala.

JJCM ternyata sukar untuk dijinakkan meskipun saingan sengit untuk mengikat mata dalam set kedua ketika perlawanan akhir menentang ASTAKA Tuaran A cukup mendebarkan dan memukau para penyokong kedua-dua pasukan dengan sorakan dan pukulan gendang mengamatkan lagi suasana dewan ketika itu.

ASTAKA Tuaran A yang berjaya merangkul naib johan turut membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai RM5,000 bergambar kenangan bersama jurulatih.

ASTAKA Tuaran A yang berjaya merangkul naib johan turut membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai RM5,000 sekaligus memenangi Pemain Tekong Terbaik menerusi Saufi Edul dengan hadiah bernilai RM200.

PEMAIN Tekong Terbaik menerusi Saufi Edul (tiga dari kanan) dengan hadiah bernilai RM200 dari pasukan ASTAKA Tuaran A.

Sementara, Apit Kanan dan Apit Kiri Terbaik masing-masing diberikan kepada pasukan JJCM menerusi Zahran Ramlin dan Mohd Noorazizie Giman.

Tempat Ketiga Bersama dimenangi oleh JJCM B dan MiiA GT dengan hadiah wang tunai RM3,000.

PUKULAN gendang kumpulan cilik yang mencuri tumpuan ketika perlawanan akhir itu berlangsung.

Diikuti saguhati suku akhir turut diberikan kepada kumpulan Astaka Kudat, Astaka Papar, Bomba A dan Wira MDPTN.

Untuk rekod, sebanyak 45 kumpulan dari semua daerah negeri ini berentap dalam kejohanan yang dianjurkan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah (ASTAKA) dan Biro Kebajikan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Tuaran berkenaan.

Anjuran telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Mohammad Ghazali Hajiji.