JaPen Sabah Anjur Pertandingan Fotografi Jalur Gemilang@Instagram

KOTA KINABALU : Orang ramai dipelawa untuk menyertai Pertandingan Fotografi Jalur Gemilang@Instagram anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah.

Pertandingan yang bermula 16 Ogos hingga 16 September itu terbuka kepada semua warganegara berumur 12 tahun ke atas dan menetap di Sabah.

Setiap penyertaan perlu mengikut resolusi tinggi tidak kurang 300 dpi, bersaiz 3.0MB dengan satu penyertaan untuk satu akaun Instagram.

Program dengan kerjasama MASwing ini menawarkan hadiah menarik berupa tiket penerbangan perjalanan domestik tajaan MASwing kepada pemenang yang akan ditentukan melalui jumlah LIKE terbanyak.

Syarat-syarat dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari media sosial rasmi JaPen Sabah./Penerangan-