Jangkitan COVID-19 di Sabah kembali meningkat

KOTA KINABALU (22 SEPT) : Angka jangkitan COVID-19 di negeri ini kembali meningkat iaitu sebanyak 178 kes baharu, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata peningkatan kes tetap berlaku walaupun jumlah sampel ujian berkurangan.

Katanya, jumlah kes baharu di Kota Kinabalu meningkat hampir dua kali ganda, daripada 45 kes kepada 83 kes hari ini.

“Kes yang berlaku di Kota Kinabalu mewakili 46.6 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu di negeri ini.

“Selain itu, empat lagi daerah merekodkan jangkitan baharu dua angka iaitu Kota Marudu, Tawau, Tuaran dan Penampang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak tujuh daerah mencatatkan angka sifar COVID-19 hari ini selepas tiada laporan diterima individu yang dijangkiti wabak itu.

“Sebanyak 177 daripada 178 kes yang direkodkan semalam adalah dalam kategori satu dan dua, manakala satu kes bagi kategori tiga,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo