Istiadat Perbarisan Hari Jadi TYT Sabtu ini

KOTA KINABALU (30 SEPT) : Orang ramai dijemput hadir ke Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Sabtu ini.

Sambutan di Padang Merdeka itu melibatkan penyertaan 58 kontinjen dalam Pertandingan Berjalan Lalu sempena sambutan berkenaan.

Antara yang menarik ialah persembahan khas Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan 17 das tembakan meriam oleh Rejimen ke-6 Artileri Diraja.

Hadir dalam raptai hari ini ialah Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.

Sumber: Penerangan