Hujan lebat lebih tiga jam, buka satu PPS di Ranau
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
RANAU (5 JAN) : Susulan kejadian hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan beberapa kampung di sini dinaiki air dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau, malam tadi.
Difahamkan, hujan berterusan lebih dari tiga jam telah mengakibatkan beberapa kampung melibatkan Kampung Libang; Kampung Kituntul dan Kampung Marakau mengalami banjir kilat.
Menurut Sektariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkata, PPS yang dibuka pada jam 12.45 itu menempatkan seramai enam orang mangsa daripada satu keluarga yang terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air banjir.
Beberapa kawasan turut berisiko dinaiki air banjir antaranya Kampung Silou; Kampung Lasing dan Kampung Bahan.