Hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Labuan hingga esok
By Editor Borneo Times
December 27, 2022
0 Comments
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (27 DIS): Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga esok (28 Disember).
Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada 12 tengah malam tadi. – Bernama