Harga simen di Sabah naik

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (10 JAN): Peningkatan kos bahan mentah dan perkapalan yang tinggi menyebabkan Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terpaksa menaikkan harga jualan simen keluaran syarikatnya antara 5 hingga 15 peratus daripada harga asal.

Perkara itu diumumkan Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof berkata cadangan harga simen itu masih lagi berpatutan seperti mana harga simen di negeri-negeri lain.

“Tindakan ini lakukan untuk memastikan CIS terus dapat membekalkan simen berkualiti dan memenuhi keperluan di negeri Sabah.

Jelasnya, kenaikan tinggi kos pengilangan simen sudah pun berlaku sejak tahun 2022 lagi yang dipengaruhi oleh makro ekonomi semasa dan peningkatan ketara kadar mata wang dollar Amerika.

Beliau turut menyatakan kilang simen CIS bukanlah sebuah kilang simen bersepadu seperti mana kilang-kilang simen yang lain di Malaysia.

Mengulas lanjut, Sumardi menjelaskan bahawa CIS perlu mengimport bahan mentah dari luar negeri Sabah.

“Umum mengetahui juga bahawa harga bahan-bahan binaan lain terus meningkat sebanyak 10 hingga 40 peratus pada 2022.

“Walau bagaimanapun, CIS akan terus komited untuk membekalkan simen yang mencukupi dan berkualiti.

Keadaan itu telah membawa CIS mempelbagaikan produk dengan mengeluarkan Portland Composite Simen gred 32.5N dan simen berkualiti tinggi gred 52.N bagi memenuhi keperluan pengguna dan sektor pembinaan di negeri ini demi untuk mencapai Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” tambahnya.

Sementara itu, peningkatan harga jualan yang berlaku di Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebanyak 30 peratus sejak tahun  lalu turut mempengaruhi permintaan  Cement Industries (Sabah).

Terdahulu, media tempatan turut melaporkan harga simen di Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah meningkat dengan cukup mendadak.

Peningkatan berlaku sehingga 30 peratus sejak tahun lalu.