Harga petrol dan diesel kekal 16 hingga 22 Mac ini

editor@bayunews.net

KUALA LUMPUR (17 MAC): Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga jualan runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel akan kekal tidak berubah dari 16 hingga 22 Mac ini.

Menurut kenyataan MOF, harga jualan runcit petrol RON97 akan kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

MOF menyatakan bahawa kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa.

Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa MOF akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat terus terjaga.-Bernama