Hajiji optimis ekonomi Sabah dapat dipulih, diperhebatkan
TUARAN (16 APRIL): Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yakin ekonomi negeri Sabah dapat dipulih dan diperhebatkan lagi pertumbuhannya di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Katanya, ini agar kemajuan yang holistik dapat dilaksanakan oleh Kerajaan demi pembangunan yang lebih inklusif, seimbang dan saksama.“Saya yakin, kerajaan ini berkemampuan untuk melakukan perubahan, mengurangkan kadar pengangguran, membasmi kemiskinan dan sudah tentu memberikan keselesaanhidup kepada seluruh rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan SumbanganRamadan Peringkat Daerah Tuaran Tahun 1444H/2023M di Masjid An-Nur DaerahTuaran, hari ini.
Hajiji berkata, dalam keadaan ekonomi negeri dan negara masih dalam prosespemulihan akibat pandemik tiga tahun lalu, Sabah sangat bernasib baik kerana masihmampu merekodkan pencapaian tertinggi dalam kutipan hasil negeri.Menurutnya, kejayaan membanggakan itu adalah hasil daripada kerja keras sertakesungguhan di pihak kerajaan negeri yang turut dibantu oleh anggota penjawat awam,yang komited dalam membangunkan negeri yang tercinta ini.
Hajiji berkata, sejak negara bergelut dengan pandemik COVID-19 sehingga tahun lalu,kerajaan negeri telah meluluskan kemasukan pelaburan daripada sektor ekonomi bernilai RM11.5 bilion melibatkan 89 buah projek yang dapat menjana 4,566 peluang pekerjaan.
Menurutnya, dengan tambahan projek Keluli Hijau Bersepadu (integrated green steel)bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang telah ditandatangani pada bulan November tahun lalu, termasuk beberapa lagi projek pelaburan yang kini sedang dalam proses untuk dilaksanakan.
Katanya, kerajaan sememangnya amat prihatin dan mengambil berat tentang apa jua isu yang berkaitan dengan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti anak- anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), golongan asnaf dan mualaf.
Justeru katanya, dalam bulan Ramadan yang penuh