Gudang minuman musnah dijilat api kebakaran di Kudat
By Editor Borneo Times
December 7, 2022
0 Comments
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
KUDAT (7 DIS): Satu kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan minuman jenis kekal musnah 20 peratus dijilat api di Sikuati, dekat sini, kelmarin.
Kebakaran gudang dengan saiz 80×40 itu berlaku seawal jam 6 pagi.
Maklumat awal Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 pagi.
Pihaknya menjalankan operasi pemadaman api menggunakan sumber air dari jentera dan api dapat dikawal pada jam 7.13 pagi.
Tiada mangsa yang cedera terlibat dalam kejadian berkenaan dan siasatan kerugian masih dijalankan.