Enjin Perodua Viva terbakar di Gayang Tuaran

editor@bayunews.net

TUARAN (20 MAC): Sebuah kereta Perodua Viva terbakar 30 peratus di bahagia enjin kejadian berlaku berhampiran sebuah kedai serbaneka di jalan Gayang dekat sini, pagi kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran PKPgB Mohd Abd Qawie bin Abdul Gapar berkata, kejadian itu berlaku berdekatan dengan kedai 99 Speedmart Gayang pada kira-kira jam 10.50 pagi.

Pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.57 pagi terus bergegas ke lokasi bersama enam anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Mahmud Jumah.

“Setiba di tempat kejadian yang terletak 17 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah sebuah kenderaan jenis Perodua Viva terbakar 30 peratus di bahagian enjin.

“Hasil bantuan orang awam api dapat dipadamkan dengan menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan bomba,” katanya.

Operasi ditamatkan pada ditamatkan pada jam 11.42 pagi selepas pemeriksaan keselamatan di lokasi bebas daripada sebarang marabahaya.