Enam perjalanan kereta api dibatal akibat tanah runtuh, banjir di Beaufort-Tenom
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.com
KOTA KINABALU (2 NOV): Susulan kejadian tanah runtuh dan banjir di dua lokasi berasingan dekat sini, Perhidmatan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) terpaksa membatalkan enam perjalanan kelmarin.
JKNS dalam satu kenyataan menjelaskan, empat pembatalan perkhidmatan kereta api Beaufort-Halogilat disebabkan oleh banjir di Kilometer (KM) 98.6.
Katanya, dua lagi perjalanan yang menghubungkan Tenom-Halogilat turut dibatalkan disebabkan kejadian tanah runtuh di KM 137/7.
“Semua perkhidmatan akan beroperasi semula sekiranya kawasan tanah runtuh dibersihkan selain keadaan air banjir mulai surut.
“Sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media semalam.