Empat bayi Merdeka dilahirkan di KPJ Sabah

KOTA KINABALU: Seramai empat bayi Merdeka dilahirkan di KPJ Sabah Specialist Hospital sempena sambutan hari kemerderkaan tahun ini.

Daripada jumlah itu, tiga bayi adalah perempuan dan satu lelaki. Sambutan kemerdekaan kepada ibu bapa masing-masing bertambah meriah apabila mereka menerima hamper istimewa daripada pihak pengurusan, Resident Consultant Obstetrician dan Gynaecologist KPJ Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KPJ Sabah menjelaskan, ia merupakan tradisi kepada hospital berkenaan untuk menyampaikan hadiah kepada bayi-bayi yang lahir sempena musim perayaan.

Selain itu, KPJ Sabah merupakan satu-satunya hospital swasta yang menyertai perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos lalu.

Kali ini, kontingen KPJ Sabah diketuai Pengurus Besarnya Mohamad Faizal Mohamed. Untuk rekod, KPJ Sabah telah menyertai perarakan Hari Merdeka sejak 2018 lagi.

 Sempena dengan bulan Merdeka, KPJ Sabah turut menawarkan pelbagai promosi menarik dan eksklusif kepada mereka yang berdaftar untuk mendapatkan perkhidmatan Pakej Bersalin Merdeka.

Sumber: Utusan Borneo