KOTA KINABALU (23 SEPT): Empat agensi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sabah Skills & Technology Centre (SSTC).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Datuk Yakub Khan berkata usaha sama yang dimeterai adalah tepat pada masanya dalam usaha melatih dan memberi kemahiran terbaik bagi memenuhi keperluan semasa.

“Kerjasama positif ini seiring dengan hasrat kerajaan melalui SSTC untuk mengukuhkan tahap pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja.
“Syarikat dan pemain industri lain yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran diharap turut sama menjalinkan kerjasama dengan SSTC bagi merealisasikan hasrat tersebut,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sabah Skills & Technology Centre (SSTC) dan empat agensi di sini, pada Khamis.
Agensi-agensi yang memeterai MoU itu terdiri daripada Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia Sabah (MICCI), Majlis Pelabur KKIP (KIC), Persatuan Penghantar Barang dan Logistik Sabah (SABFFLA) dan Persatuan Pengusaha Lori Kontena Kota Kinabalu (PPLKKK).
Turut hadir, Setiausaha Tetap KSTI, Zainudin Aman dan Pengerusi SSTC, Datuk John Choo.
Sumber: Penerangan