Dua dari Sabah tersenarai Kabinet Kerajaan Perpaduan kali ini

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (3 DIS): Pembentukan kerajaan pusat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar semalam menyaksikan dua wakil dari Sabah telah berjaya mengisi sebahagian Kabinet Kerajaan Perpaduan kali ini.

Mereka tersenarai merupakan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali selepas berjaya memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) September lalu.

Ewon dilantilk menjadi sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, diikuti Armizan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Terdahulu, Ewon adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian selain pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah ketika pentadbiran kerajaan Parti Warisan (Warisan) sebelum ini.

Beliau bertanding atas tiket PH di kerusi Parlimen Penampang pada PRU-15 dan menewaskan Timbalan Presiden Warisan yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Darell Leiking.

Sementara itu, Armizan yang mewakili GRS di kerusi Parlimen Papar turut menewaskan penyandang dari Warisan, Ahmad Hassan pada PRU-15 lalu.