Disangka bunuh diri di atas bangunan Kg Air Kota Kinabalu

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (4 FEB): Seorang lelaki berumur 40an dipercayai cuba membunuh diri di sebuah bangunan premis penginapan tinggi dekat sini telah menimbulkan suasana panik orang awam di Jalan Kampung Air, semalam.

Menurut kenyataaan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, TPgB I Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 malam tadi berhubung kejadian.

Setiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa yang dipercayai kurang siuman dikenali sebagai Achoi hanya berdiri di tepi tingkap bangunan tingkat 1 berkenaan.

“Seramai 11 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Asama Saruddin dengan sebuah jentera dan kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi sejauh tiga kilometer itu.

“Bagaimanapun, tiada cubaan bunuh diri seperti mana yang dilaporkan oleh orang awam,” ujarnya.

Mangsa akhirnya dibawa turun ke bawah oleh pasukan bomba.

Operasi ditamatkan pada jam 8.48 malam.