
Dari Usahawan Lotud Borneo jana pendapatan lumayan, luar biasa inovasi sos tempatan Sabah

editor@bayunews.net
TUARAN (8 MAC): Siapa sangka, minat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan bermula dari dapur Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (homebase) Lotud Borneo boleh menjana pendapatan lumayan dan luar biasa buat tiga usahawan tempatan yang memperkenal inovasi keluaran produk berasaskan sos di negeri ini.

Usahawan muda berjaya Zaizamreezam Sikong, 38 tahun atau lebih mesra dikenali ramai dalam dunia perniagaan sebagai Rozairee D Zamzam kini mula memasarkan produk terbaharunya sos cili dan tomato tempatan berasaskan ikan kanjaran (ikan layar) yang sudah pun menembusi pasaran tempatan.

Rozairee yang menempah nama sebagai usahawan contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Lotud Borneo pertama di Sabah juga merupakan pengasas syarikat Tuminipoi Kitchen dalam bidang pengeluaran makanan dan minuman dan Keluaran Hasil Hijauan Suang Pantai Enterprise ini sering menjadi inspirasi dan ikon buat anak-anak muda yang ingin memulakan perniagaan.
Katanya, tiada jalan mudah untuk berjaya selain dengan usaha dan semangat keyakinan dalam mencuba sesuatu.
“Tanpa usaha yang kuat, semua benda yang diusaha dan diimpikan tidak akan tercapai.
“Teruskanlah dengan bermimpi kerana mimpi itu akan tercapai sebagaimana usaha kita, katanya yang mesra melayani kunjungan Bayu News di sini.
Jelasnya lagi, bermodalkan RM100 sudah mampu boleh menjana pendapatan yang lumayan dan luar biasa.
Mereka yang ingin mendapatkan sos keluarannya bolehlah menghubungi beliau dalam talian WhatsApp 012 837 9786 dengan harga RM7 sebotol.

Sementara itu, Bitah Insui (68 tahun) yang juga ikon Usahawan IKS Lotud Borneo turut memberi inovasi terhadap penghasilan sos cili campuran betik dan ikan kerisi dan sos tomato campuran ikan kerisi ternyata tidak kurang hebatnya selepas meraih keuntungan yang cukup memberansangkan dalam memasar produknya.

Beliau yang sudah mula berkecimpung dalam alam perniagaan sejak tahun 2014 mengusahakan kuih-muih tradisional juga pengasas kepada Odun Sauna dan keluaran Siti Norita Enterprise Kampung Selupuh, Tuaran.

Pesara Majlis Daerah Tuaran yang bekerja sebagai pembantu am rendah itu ternyata tidak lokek untuk berkongsi pengalaman sejak berjinak dalam dunia perniagaan dari rumah yang akhirnya mampu menambah pendapatan sampingan buat keluarganya.

Tidak ketinggalan turut mengeluarkan produk sos yang mencipta kelainan dalam penghasilan inovasi berasaskan sos cili rebung udang dan sos tomato rebung ialah Lagui@Jaimin Gitu, 68 tahun juga seorang usahawan Tantandan Enterprise dan pengasas Wadah Pipeh Enterprise dari Kampung Rambai Tamparuli.

Lagui ingin mengajak lebih ramai penduduk tempatan khususnya usahawan IKS Lotud Borneo tampil berani memvariasikan produk keluaran anak jati sabah supaya lebih ramai pemain dalam industri ini bersaing secara sihat dalam meningkatkan pembangunan ekonomi isi rumah.

Pengalaman bekerja dibawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kuala Lumpur memberi peluang kepada beliau bergiat dalam aktiviti perusahaan seterusnya memasarkan produk-produk yang berkualiti untuk menjana pendapatan harian.
Untuk rekod, Usahawan IKS Lotud Borneo melahirkan para usahawan yang serba boleh dalam semua bidang kemahiran dan perniagaan.
Dalam masa yang sama, Usahawan IKS Lotud Borneo turut menggabungkan golongan usahawan muda dan pesara bagi menjana pendapatan sekaligus menyokong kempen sokong produk keluaran tempatan Sabah.