Dapur milik sebuah keluarga musnah dijilat api di Keningau
editor@bayunews.net
KENINGAU (5 APRIL): Dapur berkeluasa 10 x 15 kaki persegi milik sebuah keluarga di Kampung Ranggum Apin-Apin musnah dijilat api selepas terlibat dalam kebakaran, dekat sini.
Difahamkan, dapur berkenaan terletak di bahagian luar rumah keluarga berkenaan dan tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera susulan kejadian itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.06 petang.
“Setiba di lokasi pihaknya mendapati sebuah dapur yang berada di luar rumah keluarga musnah dan operasi memadam api dilakukan menggunakan sumber air jentera.
“Api dapat dikawal daripada terus merebak kira-kira 20 minit kemudian,” katanya di sini.
Operasi penyelamat ditamatkan pada jam 1.38 petang.