KOTA KINABALU: Suri rumah, D Harni Merden,41, dari Kampung Likas menang pertandingan nyanyian lagu patriotik peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Darau.
Beliau menyanyikan lagu Bahtera Merdeka menewaskan tujuh peserta dalam pertandingan yang diadakan di Dewan Serbaguna Likas sempena Program Merdeka@Komuniti DUN Darau pada Selasa.
Sementara itu, adik Nurain Afiqa Abdullah,16, dari SMK Perempuan Likas pula muncul juara acara Baju Kebangsaan dengan memperagakan baju tradisional etnik Bajau.
Hadiah kepada pemenang berupa wang tunai disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.17 Darau, Nurfarahin Datuk Jumat yang turut merasmikan program tersebut.
Hadir sama, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karodda dan Pengerusi KKM Kampung Likas, Semah@Nazirah Adillah Limat./Penerangan-






