Cubaan bunuh diri dibatalkan

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (25 JAN):  Orang awam dikejutkan dengan kejadian cubaan bunuh diri melibatkan seorang wanita berusia 63 tahun dari atas bumbung tingkat satu di sebuah hotel berhampiran Kampung Air, di sini.

Difahamkan, mangsa yang berjaya dipujuk orang awam itu secara tidak langsung telah membatalkan niatnya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang menerusi talian MERS 999.

Sepasukan anggota bersama jentera diketuai Komander Operasi, PBK II Abdul Majid Damang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, mangsa didapati sedang turun dan dibantu oleh pasukan bomba.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Operasi ditamatkan pada jam 5 petang.