
Bung sambut baik cadangan Hab Keselamatan Manifesto Barisan Nasional

SEYBI SABBY
editor@bayunews.net
KENINGAU (9 NOVEMBER): Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sambut baik cadangan Manifesto Barisan Nasional yang memberi fokus kepada hab keselamatan Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau berkata cadangan tersebut memang dialu-alukan oleh rakyat Sabah kerana mereka memerlukan jaminan dari segi keselamatan. Dengan keselamatan yang utuh, negeri Sabah dan Sarawak akan menarik lebih banyak pelabur seterusnya merancakkan lagi ekonomi negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Menteri I bersama Penduduk di Mukim Transpegalan bertempat di Padang Awam Kampung Panagatan Ulu pada hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sebagai calon Barisan Nasional Parlimen Pensiangan, manifesto yang telah beliau lancarkan tertumpu kepada antara lain termasuk pembangunan infrastruktur, bantuan kebajikan dan sosial.

Selain itu, beliau akan meletakkan pendidikan sebagai teras utama untuk memperkasakan peranan anak muda yang membolehkan mereka bergiat lebih proaktif memperkasakan ekonomi untuk membangunkan kawasan Parlimen Pensiangan yang terletak di luar bandar.
Ketika menyampaikan ucapan, Datuk Arthur Joseph Kurup dan YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin percaya permasalahan bekalan air bersih di kawasan tersebut akan dapat diselesaikan di masa yang akan datang.
Arthur berkata, Kerajaan telah memberikan komitmen kepada projek bekalan air terawat yang telah disenaraikan di dalam ‘Rolling Plan Kedua’ Rancangan Malaysia Kedua Belas dan sekiranya tiada aral melintang projek bekalan air bersih akan dapat dimulakan pada tahun hadapan.
Hadir sama di majlis tersebut YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan, Ahli Dewan Negara; YB Datuk Flovia Ng, ADUN N.44 Tulid merangkap Pembantu Menteri Pembangunan & Kesejahteraan Masyarakat Sabah serta lebih kurang 1,000 penyokong GRS-BN.