Buaya dekat hulu dan sempadan kampung boleh diburu

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (6 DIS): Serangan sang bedal terhadap manusia semakin ditahap membimbangkan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin berkata, buaya yang berada di satu kilometer dari sempadan dan hulu kampung akan diburu.

Justeru, kementerianya Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dibenar memburu dan menembak buaya di lokasi serangan reptilia ganas itu terhadap manusia.

Susulan kejadian serangan yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini, JHLS membuat pemburuan di kawasan sekitarnya.

“Untuk menjamin keselamatan sepenuhnya mungkin sukar kerana aktiviti manusia ketika ini mungkin terdedah dengan ancaman buaya yang dahulu dianggap sebagai lokasi selamat.

“Semua buaya yang berada di kawasan aktivit manusia akan cuba ditangkap atau ditembak mati,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kes serangan buaya melibatkan seorang bapa dan anak lelakinya pada 1 Disember lepas berlaku berhampiran pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu.

Terdahulu, kanak-kanak lelaki terbabit hilang dipercayai dibaham buaya, manakala ayahnya cedera parah.

Sementara itu, Jafry berkata waris mangsa serangan hidupan liar boleh memohon pampasan sehingga RM20,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) persekutuan.

Beliau berkata nilai pampasan itu bagi kes yang membabitkan kematian, manakala kes membabitkan kecederaan bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami.

Bagaimanapun, katanya tuntutan pampasan itu hanya untuk warga negara Malaysia.

Nilai pampasan sebanyak RM20,000 dan Jabatan Hidupan Liar Sabah perlu mengesahkan perkara itu.