Bot karam di Tuaran, seorang mangsa bersama bot belum ditemui
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
TUARAN (25 JAN): Operasi mencari seorang lelaki hilang dalam bot karam diteruskan di perairan Karambunai, dekat sini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.07 pagi.
“Seramai enam anggota dan pegawai bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Ketiga-tiga identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
“Dua daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi hilang bersama bot,” katanya.
Ketika ini, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat.
Katanya, sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.