Berpaut pada tong ikan, lelaki 54 tahun terselamat dari bot karam di Kudat

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KUDAT (7 JAN): Agensi Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan seorang nelayan berusia 54 tahun selepas bot yang dinaikinya karam terlanggar batu di perairan Tajau Laut, dekat sini, petang kelmarin.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Abd Rahman Tumai, terpaksa berpaut pada tong ikan untuk mengapungkan dirinya selama lebih dari lima jam di perairan itu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerkaan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.14 pagi.

Bertindak atas aduan, pasukan bomba bersama agensi bantuan menjalankan operasi mencari mangsa melalui kaedah surface rescue dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa ditemukan selamat dalam keadaan terapung sedang berpaut pada tong ikan oleh Maritim Malaysia  di satu batu nautika dari pantai.

Operasi ditamatkan pada jam 2 petang selepas mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kampung Gumpa.