PAPAR (12 MEI): Sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas bayi empat bulan melecur dalam kejadian rumah terbakar di Pekan Lama, Kimanis, dekat sini.
Difahamkan, bayi berkenaan cedera di bahagian kepala dan kaki sejurus rumah dua tingkat itu terbakar sepenuhnya.
Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat (Kimanis) mengesahkan perkara itu dan bantuan jentera BBP Papar turut membantu memadamkan kebakaran itu.
Operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari.
Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.