
Bantuan Aidilfitri RM300 buat RELA, APM, sukarelawan bomba dan polis

editor@bayunews.net
KUALA LUMPUR (29 MAC): Kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan bomba.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bantuan tunai pertama kali diberikan buat setiap anggota sukarelawan beruniform berkenaan sebanyak RM300.
Beliau turut berharap bantuan sukarelawan beruniform berkenaan dapat membantu menambah keperluan sukarelawan menjelang Aidilfitri.
Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengesahkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan diberikan pada 5 April yang memperuntukans sebanyak RM1.26 bilion.