
Bantu jejak Ak Muhammad Abdullah, warga Brunei belum pulang

Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (11 JAN): Orang ramai diminta tampil membantu pihak polis bagi menjejak seorang lelaki warga Brunei Darussalam yang belum kembali ke pangkuan keluarganya.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Ak Muhammad Abdullah Pg Ali berumur 29 tahun, kali terakhir lokasi dilihat berada di Tabletop Arena, sebuah kedai permainan kad di 1Borneo Hypermall pada 19 Dis.
“Ak Muhammad berasal dari Kg Parit di Pengkalan Batu dengan ketinggian 168cm dan berat badan kira-kira 100kg.
“Dia berambut sepada kerinting pada paras bahu, memakai cermin mata, agak berisi dan berkulit cerah.
“Kepulanganya dinanti keluarga melalui feri Menumbuk-Labuan-Brunei dijadualkan pada 20 Dis tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Terdahulu, pihak polis menerima laporan daripada keluarga Ak Muhammad selepas lelaki berkenaan gagal dihubungi menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp sejak lima hari tanpa khabar.
Sebarang maklumat orang ramai diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Norul Azlan Mohamad Nawi dari Balai Polis Kota Kinabalu di talian 010-9300777 atau mana-mana balai polis berhampiran.