Banjir di Sabah : Jumlah mangsa kembali meningkat

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (31 JAN): Keadaan semasa banjir di Sabah setakat pagi ini bagi jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1532 orang berbanding 1,376 orang yang dicatatkan semalam.

Antara daerah yang masih terjejas melibatkan Paitan; Pitas; Lahad Datu dan Telupid.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, daerah yang merekodkan jumlah mangsa paling tinggi daerah Pitas seramai 1,152 orang, Telupid 226 orang, Paitan 111 orang, dan Lahad Datu 43 orang.

Jelasnya, dua lagi PPS baharu melibatkan daerah Telupid dibuka berada di Dewan Kampung Mau dan Masjid (Lama) Gana Jati yang masing-masing menempatkan seramai 31 dan 50 orang mangsa.

Katanya, PPS baharu itu telah meningkatkan jumlah mangsa di Telupid seramai 226 orang daripada 59 keluarga.