Amaran hujan tahap waspada di Sarawak, Sabah, Labuan bermula Sabtu ini

editor@bayunews.net

KUALA LUMPUR (28 OKT): Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak, Sabah dan Labuan bermula Sabtu (esok) hingga Isnin ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan di Sarawak membabitkan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang, manakala di Sabah pula kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.-Bernama