Amaran hujan berterusan di Sabah hingga 17 Febuari ini

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di beberapa kawasan di Sabah bermula esok sehingga Jumaat (17 Feb).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, amaran hujan lebat (peringkat kuning) yang diramal di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang kini ditamatkan. -Bernama