AKIPP 2022 iktiraf kecemerlangan PdP tenaga pengajar UMS

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (30 NOVEMBER): Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraikan sumbangan dan kecemerlangan ahli akademik dalam pengajaran dan pembelajaran pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran 2022 (AKIPP 2022), baru-baru ini.

Para penerima anugerah, finalis dan jawatankuasa AKIPP 2022 bergambar kenangan bersama Kasim (tengah).

Majlis yang berlangsung di Galeri Majlis UMS itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor (gambar).

Menurut Kasim, inisiatif penganjuran tersebut antara lain bertujuan memupuk budaya kreatif dan inovatif ahli akademik agar konsep penyampaian yang bersifat transformatif serta fleksibel dapat dibentuk.

Kata beliau, ianya selari dengan perkembangan teknologi yang pesat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini.

“Ini adalah penting dalam memastikan warga pendidik UMS sentiasa proaktif dalam memperbaharui kaedah penyampaian pengajaran mereka agar kekal relevan dalam arus revolusi industri keempat (IR4.0).

“Para pensyarah merupakan agen yang paling penting dalam merealisasikan visi UMS tersebut dengan membentuk pengalaman pembelajaran yang berinovatif.

“Innovation will breed innovation”, iaitu dengan pengalaman pembelajaran berinovatif yang direka bentuk oleh pendidik UMS inilah yang akan membibitkan tabiat berinovasi dan kreatif dalam kalangan mahasiswa UMS itu sendiri,” katanya.

Beliau juga berharap agar platform serta pengiktirafan yang diberikan kepada para tenaga akademik melalui AKIPP akan menjadi pemangkin untuk terus berinovasi dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran di UMS.

AKIPP 2022 menerima sebanyak 31 penyertaan melibatkan enam fakulti, akademi dan pusat yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST).

Sebanyak 31 penyertaan diterima melibatkan enam fakulti, akademi dan pusat di UMS dengan lapan kategori anugerah dipertandingkan pada AKIPP 2022.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kcemerlangan Akademik (PPKA) UMS bersama Dr. Denis Andrew D. Lajium.

Senarai Pemenang AKIPP 2022:

Anugerah Ahli Akademik Harapan:

Ts. Dr. Norfarariyanti Arimon (Fakulti Kerujuteraan)

Anugerah Seni dan Kreatif:

Dr. Norhayati Binti Ayob (Akademi Seni dan Teknologi Kreatif)

Anugerah Pengajaran Transformatif:

Johan : Dr. Mazlina Mamat (Fakulti Kerujuteraan)

Naib Johan : Puan Anna Lynn Abu Bakar (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa)

Ketiga : Dr. Norhuda Salleh (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)

Anugerah Pentaksiran Alternatif:

Johan : Dr. Intan Soliha Ibrahim (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)

Naib Johan : Mohd. Razali Shamsuddin (Pusat Persediaan Sains dan Teknologi)

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun):

Johan : Dr. Tam Yin Ling @ Adeline Tam (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa)

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka):

Johan : Prof. Madya Dr. Rachel Fran Mansa (Fakulti Kejuruteraan)

Naib Johan : Dr. Sitty Nur Syafa Bakri (Pusat Persediaan Sains dan Teknologi)

Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya):

Johan : Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid (Fakulti Kejuruteraan)

Naib Johan : Dr. Mohd. Kamel Wan Ibrahim (Fakulti Kejuruteraan)

Ketiga : Puan Anna Lynn Abu Bakar (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa)

Anugerah SULAM:

Johan : Dr. Siti Nor Farhana Zakaria (Fakulti Kejuruteraan)

Naib Johan : Puan Ramlah Daud (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)

Ketiga : Dr. Getrue C Ah Gang (Fakulti Psikologi dan Pendidikan)