Akibat cemburu, suami nekad bunuh isteri guna pisau

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (9 APRIL): Akibat cemburu, seorang suami nekad membunuh isterinya menggunakan pisau kejadian berlaku di Jalan Pahlawan Kepayan, dekat sini.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu ketika mangsa  (38 tahun) sedang membantu kakaknya berniaga sayur dan didatangi suspek (42 tahun) yang bertindak menikam bahagian belakangnya beberapa kali sebelum suspek melarikan diri.  

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris mengesahkan tragedi berdarah itu.

Menurutnya, kejadian terbabit disedari oleh orang awam sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

“Mangsa yang parah kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) menggunakan ambulans untuk tindak lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.21 petang.

“Hasil maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya memberkas suspek yang berumur 42 tahun di Jalan Kepayan pada jam 8.30 malam tadi.

“Motif kejadian dipercayai akibat cemburu dan polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pasangan merupakan warga asing.