ADUN Lumadan teruskan Ziarah Ramadan ke beberapa Masjid dan Surau
BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam meneruskan Program Ziarah Ramadan ke beberapa lagi masjid dan surau di kawasan sekitar Lumadan, semalam.
Katanya, beliau telah bergerka bersama-sama dengan Biro Agama DUN Lumadan ke Masjid Darul Ikslas Batandok Lupak.
“Di sini saya telah menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada asnaf secara simbolik kepada penerima dan menyampaikan sumbangan 50 buah kerusi plastik kepada pihak masjid.
“Saya kemudian telah berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib di sini bersama penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Setelah itu, Ruslan yang yang Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri bersama rombongan meneruskan ziarah ke Masjid Muhajirin Lupak Poring bagi menunaikan solat fardhu Isyak seterunsya solat terawih bersama penduduk kampung.
“Di sini saya juga menyantuni asnaf dengan menyampaikan sumbangan keperluan asas dan mengakhiri Ziarah Ramadan malam ini di surau Kampung Selinsing untuk bertadarus Al-Quran bersama para jemaaah.
“Di sini, saya turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf serta menyampaikan sumbangan kerusi plastik dan meja kepada pihak surau.
“Terima kasih kepada pengerusi masjid dan surau kerana sudi menerima ziarah Ramadan seterusnya dapat bersama penduduk kampung dan asnaf, semoga Allah SWT memberikan keberkatan kepada kita semua di dalam ziarah Ramadan ini,” katanya.