ADUN Lumadan santuni pasukan Bomba Beaufort

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam melawat dan menyantuni pasukan bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau diiringi oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lumadan, Dioslin Agustine dan PPK Lumadan, Bibiyani Abdul Adis bertemu dengan Ketua BBP Beaufort, PPgB Mohamad Hasbullah.

“Seperti kita semua ketahui, di minggu pertama puasa banyak berlaku pembakaran hutan Ladang, kebun sawit (gambut) dan sebagainya.

“Saya bertemu dengan pasukan bomba Beaufort yang bertungkus Lumus mengawal kebakaran dari terus merebak, saya mendengar kisah mereka , berat sungguh ujian mereka sangat mencabar dengan menjalani ibadah puasa.

“Disini saya menyampaikan sedikit sumbangan keperluan kepada balai bomba Beaufort sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diatas keikhlasan mereka dalam menjalankan tugas demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, menyeru semua masyarakat khususnya di kawasan Lumadan agar tidak melakukan apa juga jenis pembakaran di musim kemarau bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kita beri kerjasama penuh kepada pihak Bomba dan usaha menangani pembakaran terbuka, jika ternampak berlakunya kebakaran segera hubungi pihak bomba dan pihak keselamatan yang lain.

“Terima kasih kepada Pihak Bomba Beaufort diatas segala pengorbanan semua anggota menjalani tanggungjawab seorang anggota bomba,” katanya lagi.