editor@bayunews.net
PETALING JAYA (20 OKT): Semalam tular perisitiwa menyayat hati melibatkan pergaduhan adik-beradik yang mana salah seorang maut dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas dibaling pisau oleh kakaknya yang berusia 18 tahun.
Menurut keterangan ibu mangsa, kedua adik-beradik itu berselisih faham akibat berebut tempat duduk kereta ketika pulang sekolah.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, pihak polis menerima panggilan kira-kira 2.15 petang susulan kejadian dan hasil siasatan ia berpunca pergaduhan adik-beradik.
Kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah keluarga.
Remaja lelaki malang itu disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang semalam, bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Berikutan itu, suspek kini ditahan dan polis akan memohon untuk mendapatkan perintah tahan reman terhadap remaja berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.