Abang Stacy meninggal dunia

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (21 MAC): Awal pagi ini kita menerima perkhabaran duka berkenaan pemergian abang kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq berusia 35 tahun meninggal dunia di Hospital sibu, Sarawak pada jam 3.20 awal pagi tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, berita sedih pemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu disampaikan menerusi adik lelaki mereka Aldrich yang menjaganya.

Chaq yang juga mantan peserta Mentor musim ketiga pada tahun 2009 telah dirawat di hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 12 Mac lepas.

Keluarganya turut memaklumkan penyanyi sambilan itu telah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan.

Disebabkan kemalangan itu, beberapa organ dalam Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa turut mengalami luka.

Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.

Semalam, Stacy turut meminta doa ramai berharap agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya Chaq. Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya Allah mesti dia boleh,” katanya.-HM