Alesyah Terima Anugerah Khas

KOTA KINABALU: Pelajar Kolej Vokasional Keningau (KVK), Alesyah Asa, 20, menerima Anugerah Khas sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2022.

Alesyah menerima wang RM5,000 serta sijil penghargaan daripada Kerajaan Sabah yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2022, semalam.

Anugerah yang diperkenalkan kerajaan negeri itu adalah berdasarkan berdasarkan sumbangan dan pencapaian  dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Antara pencapaian terbaiknya ialah memenangi Pertandingan STEAM Chapter of The Awesome Foundation  2019 di Amerika Syarikat, Juara Global Media and Information Literacy Youth Hackathon anjuran UNESCO (2020) dan Korea Selatan.

Selain itu, beliau juga adalah pembentang projek inovasi di persidangan International Euroasia Congress on Scientific Researches and Recent Trends di samping mengetuai delegasi pertukaran pelajar ke Korea Selatan pada 2020./Penerangan-