
Universiti Al-Azhar sedia beri biasiswa kepada pelajar Sabah
KAHERAH 24 JANUARI 2026-Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang hal ehwal Islam melalui pertemuan rasmi Datuk Dr. Mohd Arifin bin Datuk Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga selaku Exco Agama Negeri Sabah, dengan Prof. Dr. Muhammad Al-Dhuwaini, Wakil Universiti Al-Azhar Al-Sharif yang juga Timbalan Syeikh al-Azhar di pejabatnya, di Kaherah.
Pertemuan tersebut turut dihadiri Sheikh Dr. Ayman Abdul Ghani, Ketua Sektor Institut Al-Azhar, dan Prof. Dr. Mohammad Al-Jundi, Setiausaha Agung Majma‘ Al-Buhuth Al-Islamiyyah, bagi membincangkan pengukuhan kerjasama dalam bidang pendidikan Islam, latihan imam dan pendakwah serta dakwah berteraskan Wasatiyyah (Kesederhanaan).
Pihak Al-Azhar turut menawarkan biasiswa bagi pelajar Malaysia, terutamanya dari Negeri Sabah.
Selain menawarkan kerjasama melalui program berkembar antara institusi pengajian Islam di Sabah dengan Universiti Al-Azhar Al-Sharif.
Dr Muhammad Dhuwaini turut memuji adab dan akhlak pelajar Malaysia terutamanya dari Sabah.
Beliau juga, menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan dari Kerajaan Negeri Sabah menaja dan menyediakan segala peralatan dan keperluan bagi menyediakan Dewan Al-Imam Al-Tayeb di Akademi Antarabangsa Al Azhar.
Sementara itu Arifin menjemput wakil Al-Azhar (Timbalan Syeikh Al Azhar Al-Sharif) ke Negeri Sabah dan Negeri Sabah.
Katanya, Sabah bersedia bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan Universitu Al-Azhar selaras dengan gaagasan Kerajaan Madani dan halatuju Sabah Maju Jaya.
Turut hadir sama,Datuk Isnin Hj Aliasnih, Pembabtu Menteri kepada Ketua Menteri
Habis…





