Lebih RM214,000 dibelanjakan baik pulih masjid, surau di DUN Matunggong

Kudat : Sebanyak lebih RM214,000 telah dibelanjakan bagi membaik pulih empat buah masjid dan sebuah surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong di sini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, proses baik pulih itu meliputi bangunan yang telah telah berusia dan dibina pada beberapa tahun yang lalu.

Katanya, pembinaan itu juga sedikit pembaikan memberi keselesaan kepada para jemaah yang menggunakan masjid atau surau berkenaan.

“Banyak lagi permohonan-permohonan surau dan masjid yang kita perlu naik taraf. InsyaAllah  kita akan lakukan secara peringkat-peringkat berdasarkan pada kewangan kerajaan negeri Sabah.

“Kalau kita bina masjid dan surau ini dengan pembinaan konkrit, dia akan menggunakan masa yang begitu lama dan dibandingkan dengan papan kayu. Jadi kita yakin kita dapat melakukan peringkat-peringkat daripada masa ke semasa,” katanya.

Surau Kampung Lotong dibuka secara rasmi untuk digunakan menjelang Ramadan dengan kapasiti 100 jemaah.

Surau itu akan menjadi pusat untuk solat berjemaah, berbuka puasa, solat Tarawih, tadarus Al-Quran, dan pelbagai aktiviti keagamaan yang mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penduduk.

Bersempena dengan majlis perasmian itu turut diadakan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Lotong.

Ruslan berkata, ia adalah sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan dalam memastikan mereka juga dapat menyambut Ramadan dengan lebih bermakna.

Katanya, sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban mereka dan menjadi asbab keberkatan kepada kita semua.

“Mudah-mudahan, usaha ini memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan serta mengukuhkan semangat persaudaraan dalam komuniti,” katanya.