Ruslan terima anugerah tokoh peneraju Etnik 2024

Penampang : Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Datuk Ruslan Muharam menerima anugerah tokoh peneraju etnik 2024 sempena sambutan Hari Etnik Sabah di sini semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) menjadi antara 17 presiden persatuan kebudayaan dan etnik di negeri menerima anugerah yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Sambutan yang diadakan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah itu berlangsung di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC).

Sebelum itu, mendahului penerima anugerah adalah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selaku Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah (PRBSS) yang menerima anugerah khas tokoh peneraju dan penyatuan etnik negeri Sabah.

Anugerah itu diwakil Naib Presiden PRBSS Datuk Japlin Akim.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada pemimpin yang banyak berjasa dalam usaha memperkasa dan memartabatkan budaya, sosial, ekonomi, pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan terhadap etniknya serta seluruh etnik di Sabah.

Selain Hajiji, turut menerima anugerah pada majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS).

Turut menerima anugerah adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Presiden KDCA); Tan Sri Wences Angang (Presiden STCA); Tan Sri TC Goh (Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah); Datuk Seri Marcel Leiking (Presiden Persatuan Kadazan Society); Datuk Annuar Ayub Aman (Presiden Persatuan Dusun Kujau Sabah); Datuk Rubin Balang (Persatuan Murut Sabah); Datuk Dr Yusof Yacob (Persatuan Kadayan Sabah); Datuk Abdullah Sibil (Persatuan Sama Sabah) dan Datuk Pangiran Lalung (Presiden Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah).

Sementara itu, turut menerima anugerah Dato Juhari Janan (Persatuan Orang Sungai Sabah); Dato Dr Jelani Hamdan (Persatuan Momogun Rungus Sabah); Datuk Abdul Hajan Gurimbang (Pertubuhan Kebudayaan, Kesenian Bajau Semporna); Dato Fredie Sua (Persatuan Suang Lotud Sabah) dan Datuk Alimudin Kaida (Persatuan Iranun Sabah).

Selain itu, beberapa anugerah lain turut disampaikan antaranya anugerah penggiat Bahasa etnik; anugerah penggiat dan anugerah


pengamal budaya.