
Program Sabah Berselawat Wadah Penyatuan Umat Islam

Kota Kinabalu : Penganjuran program Sabah Berselawat dapat menjadi wadah penyatuan umat Islam di negeri ini selain meningkatkan Syiar Islam.
Program anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berlangsung di Dewan Saadah Wisma MUIS itu dihadiri lebih 2,000 umat Islam.
Program melibatkan kerjasama kerajaan negeri Sabah selaku penaja bersama MUIS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, pihaknya mencadangkan agar program seumpama itu dapat diperluaskan ke daerah-daerah di negeri.
Katanya, ia termasuk mengadakan di masjid, surau atau peringkat kampung.
“Kita melihat program ini adalah sebuah program yang sangat baik kerana kita dapat mengimarahkan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
“Dan yang keduanya kita dapat memberi pendedahan yang lebih meluas kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sabah Berselawat di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.