Agenda pendidikan di DUN Lumadan terus diberi perhatian

Beaufort : Agenda pendidikan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan terus diberi perhatian sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, ia juga menjadi salah satu hala tuju yang terkandung di dalam agenda Lumadan Sejahtera.

“Agenda pendidikan merupakan salah satu hala tuju Lumadan Sejahtera dan kita akan terus memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak khususnya di DUN Lumadan.

“Pada majlis ini saya turut memberikan sedikit insentif kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sanjungan Kasih Permata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort III sesi 2023/2024 di sini dan diwakili Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN Lumadan Sobri Abdul Adis.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, majlis yang diadakan itu juga adalahh bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang sama ada dari segi akedemik, kokurikulum dan juga hal ehwal murid.

“Insiatif ini saya berikan sebagai tanda penghargaan di atas usaha serta pengorbanan murid murid dalam membuat pelbagai persiapan diri bagi menjawab kertas peperiksaan SPM 2023.

“Saya yakin dan percaya , restu daripada para pendidik dan juga ibu bapa merupakan satu sokongan yang menaikkan semangat murid murid,” katanya.

Beliau mengucapkan ucapan tahniah kepada semua murid kerana telah berjaya mengharungi detik yang besar sebagai seorang pelajar.

Katanya, ia bukanlah penamat dalam menuntut ilmu dan didoakan semua murid mendapat ruang dan peluang untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading.

“Doa saya selalu bersama murid-murid dalam menuntut ilmu, dengan ilmu kita dapat bentuk jati diri yang kukub dengan arus perubahan masa yang begitu pantas,” katanya.