Ruslan terima kunjungan hormat Dr Zulkifli

Kota Kinabalu : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam semalam menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan.

 

Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung di Menara Kinabalu sempena lawatan kerja Dr Zulkifli ke negeri Sabah.

 

Kunjungan hormat itu antara lain membincangkan pelbagai program keagamaan yang boleh dilaksanakan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

 

Selain itu, kunjungan itu juga adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.

 

“Syukur alhamdulillah saya menerima kunjungan hormat daripada Senator Dr Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

 

“Dimana beliau akan mengadakan lawatan kerja ke Sabah selama dua hari. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Senator Dr Zulkifli di atas kunjungan hormat ini.

 

“Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” tambah Ruslan.