Api marak musnah sama sekali sebuah kediaman di Tuaran

editor@bayunews.net

TUARAN (8 APRIL): Sebuah rumah jenis tidak kekal dengan keluasan 30 x 60 kaki musnah dalam kebakaran berlaku di Kampung Tembulaong, dekat sini, petang tadi.

Api yang marak berlaku pada jam 2 petang itu memusnahkan sama sekali struktur rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, PKPgB Mohd. Abdul Qawie Abdul Gapar mengesahkan kejadian itu.

Katanya, seramai 11 anggota yang diketuai Komander Operasi, PBK II Norkizan Durudin dikejarkan ke lokasi.

“Api dapat dikawal pada jam 3.20 petang selepas pasukan keselamatan melakukan dua pancutan menerusi sumber air tangki bomba, katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tiada mangsa yang cedera atau kemalangan dilaporkan dan operasi ditamatkan pada jam 4.31 petang tadi.