Terkena renjatan ketika misi menyelamat rumah terbakar di Kinarut

editor@bayunews.net

PAPAR (24 MAC): Seorang anggota bomba yang sedang melakukan misi bantuan menyelamat rumah terbakar di Kampung Sabok, Kinarut terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera akibat terkena renjatan elektrik, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, PPgB Rozlan Osman turut mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba.

“Seramai 13 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati satu kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal berukuran 50 x 40 kaki telah musnah hampir 90 peratus dalam kejadian 12 tengah hari itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 2.20 petang.