![](https://borneotimes.net/wp-content/uploads/2023/03/KAPAL.jpg)
Kapal korek pasir ditahan di perairan Pulau Usukan Kota Belud
![avatar](https://borneotimes.net/wp-content/uploads/2024/01/bt-favicon-40x40.png)
0 Comments
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (22 MAC): Sebuah kapal melakukan kegiatan mengorek pasir tanpa permit ditahan di perairan Pulau Usukan, Kota Belud, di sini.
Difahamkan, kapal berkenaan berdaftar di Mongolia dan telah dikesan oleh anggota PPM Wilayah 4 Sabah dalam satu operasi rancangan pada jarak 0.38 batu nautika dari pulau berkenaan pada jam 5 petang pada Isnin.
Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya menahan seorang jurumudi warga Indonesia dan dua anak kapal warga China bagi membantu siasatan.
Untuk rekod, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM7.5 juta.